/ /PAS PUCHONG: Rakyat Selangor boleh sewa rumah PPR tanpa deposit /

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong


Kereta
[1007]Terbuka:Berbayar
Darussyifa
[1008]Ahli Darussyifa':SenaraiNama

Tuesday, March 2, 2010

Rakyat Selangor boleh sewa rumah PPR tanpa deposit

Rakyat Selangor boleh sewa rumah PPR tanpa deposit

SHAH ALAM, 1 Mac: Rakyat negeri Selangor yang berpendapatan rendah bakal menikmati kemudahan menyewa rumah di Projek Perumahan Rakyat atau PPR di negeri itu tanpa perlu membayar deposit.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan memberitahu mesyuarat exco kerajaan negeri pada 24 Februari lalu telah memutuskan skim itu dan beberapa keringanan lain juga diberikan kepada penyewa.

"Sebelum ini deposit sehingga RM1050 perlu dibayar kepada mereka yang hendak menyewa rumah PPR.

"Deposit ini akan dikurangkan dan boleh dibayar secara ansuran," katanya.

Menurut beliau lagi, buat permulaannya skim baru itu adalah terbuka kepada mereka yang hendak menyewa di PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang dan berkuatkuasa serta merta.

"Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Kelayakannya adalah sama seperti mereka yang ingin memohon pengurangan sewa rumah PPR dari RM250 kepada RM124," katanya lagi.

Selain dari itu, beliau memaklumkan permohonan untuk menyewa rumah PPR dan permohonan untuk mengurangkan kadar membayar sewa RM124 boleh dibuat secara serentak dan bukan seperti sebelum ini di mana penyewa perlu memasuki rumah terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat permohonan pengurangan sewa.

Buat masa ini terdapat 5436 unit rumah PPR di empat kawasan iaitu di di Serendah, Kota Damansara, Lembah Subang dan Kg. Baru Hicom.

Dari jumlah itu, sebanyak 1717 unit masih kosong.

"Kerajaan Negeri berharap kelonggaran ini akan dapat memudahkan mereka yang memerlukan rumah kediaman mendapatkannya dengan segera.

"Ianya selari dengan hasrat “Kediaman Untuk Semua”, katanya.

Kerajaan selangor jelasnya sentiasa prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat akan berusaha untuk membantu dan mengurangkan beban mereka.

Sebelum ini Selangor telah menurunkan sewa PPR dari RM250 yang dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada bulan Jun 2007 kepada RM124 bagi mereka yang layak.

1 comments:

GreenBackground said...

Selangor telah menurunkan sewa PPR dari RM250 yang dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada bulan Jun 2007 kepada RM124 bagi mereka yang layak.

Pakatan Rakyat baru dua tahun memerintah, dah lebih hebat daripada Barisan Nasional yang mengambil masa 50 tahun tetapi rakyat terus dibebankan dengan berbagai masalah kehidupan antaranya kediaman? Apa formula yang BN pakai? Rakyat perlu yakin pada Pakatan Rakyat dan bayangkan Petronas dibawah Pakatan Rakyat, maka banyaklah perkara yang boleh dibuat dengan dikembalikan kepada rakyat keuntungan Petronas agar rakyat bersyukur kepada Allah SWT diatas kurniaan itu.

Post a Comment

SETIAP SAAT PERUBAHAN HENDAKLAH UNTUK MEMENANGKAN ISLAM
Setiap saat umat Islam hendaklah melakukan perubahan pada dirinya. Firman Allah;"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".[Ar Ra'd:11]
Oleh itu, jalan yang selamat adalah kembali berpegang pada Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w semoga umat Islam Malaysia sentiasa mendapat perlindungan Allah Taala.
______Dari Lajnah Penerangan Dan Dakwah_____