/ /PAS PUCHONG: Selepas diserang Utusan: Adun Selangor pertahan Sultan /

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong


Kereta
[1007]Terbuka:Berbayar
Darussyifa
[1008]Ahli Darussyifa':SenaraiNama

Friday, March 26, 2010

Selepas diserang Utusan: Adun Selangor pertahan Sultan


SHAH ALAM, 22 Mac: Sekurang-kurangnya lima Adun Selangor akan mengadakan sidang media esok bagi mempertahankan Sultan mereka selepas diserang oleh Utusan Malaysia melalui ruangan Awang Selamat, iaitu ruangan yang ditulis oleh pemimpin editorial akhbar Umno itu.

Kelima-lima mereka memanggil satu sidang akhbar khas atas nama "ADUN-ADUN SELANGOR PERTAHANKAN SULTAN SELANGOR."

Mereka yang akan mengadakan sidang akhbar itu adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Dr. Abdul Rani Osman (Meru) dan Dr. Ahmad Yunus (Sijangkang).

Ia akan diadakan jam 12.30 tengahari esok di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Annexe Bangunan SUK, Shah Alam.

Utusan Malaysia hari ini, melalui tulisan Awang Selamat, menyiarkan satu tulisan yang disifatkan sebagai mempertikaikan tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang membatalkan rancangannya untuk merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini.

Ulasan yang dibuat oleh pimpinan editorial Utusan itu dianggap mencabar keputusan Sultan Selangor itu dan mengungkit siapakah yang membela raja-raja Melayu selama ini.

Antaranya, Utusan melaporkan:

"Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?"

Ekoran keputusan Sultan Selangor tidak mahu merasmikan mesyuarat itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir akan menggantikannya.

1 comments:

GreenBackground said...

Awang Selamat, menyiarkan satu tulisan yang disifatkan sebagai mempertikaikan tindakan Sultan Selangor, yang membatalkan rancangannya merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Apahal ni? Perkasa mencabar keputusan Sultan Selangor itu dan mengungkit pula. Mencabar keputusan Sultan bukan budaya kita, tidak sopan pada Sultan.

Awang Selamat berkata," Siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina?"

Awang Selamat buat rakyat jadi keliru. Lantang macamana tu, bukankah pihak polis ada.

Post a Comment

SETIAP SAAT PERUBAHAN HENDAKLAH UNTUK MEMENANGKAN ISLAM
Setiap saat umat Islam hendaklah melakukan perubahan pada dirinya. Firman Allah;"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".[Ar Ra'd:11]
Oleh itu, jalan yang selamat adalah kembali berpegang pada Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w semoga umat Islam Malaysia sentiasa mendapat perlindungan Allah Taala.
______Dari Lajnah Penerangan Dan Dakwah_____