/ /PAS PUCHONG: Ahli Parlimen PAS sepakat terus laksana amanah rakyat /

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong


Kereta
[1007]Terbuka:Berbayar
Darussyifa
[1008]Ahli Darussyifa':SenaraiNama

Tuesday, March 2, 2010

Ahli Parlimen PAS sepakat terus laksana amanah rakyat


KUALA LUMPUR, 2 Mac - Ahli-ahli Parlimen PAS dengan tegasnya menyatakan sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Satu kenyataan Sekretariat MP PAS yang dikeluarkan di sini, hari ini menyatakan mereka sedar bahawa rakyat mengundi mereka kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.


Oleh itu, mereka kesal dengan tindakan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan itu.


Mereka juga kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha di kalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.


Mereka turut menyeru kepada masyarakat untuk bersama-sama mereka menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.


“Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujar kenyataan itu.


Ahli Dewan Rakyat PAS terdiri daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).


Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu), Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu), Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Khalid Samad (Shah Alam), Che Uda Che Nik (Sik), Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pendang).


Manakala ahli Dewan Negara terdiri daripada Senator Muhammad Yusof Husin (Kedah), Senator Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan), Senator Mumtaz Md Nawi (Kelantan)

1 comments:

GreenBackground said...

Rakyat yang faham tidak akan menyokong buat selama-lamanya parti BN kerana terbukti pati ini adalah parti Bangkrap Negara (BN) dan yang hanya tahu menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai, itu saja yang mereka tahu. Mereka hanya menyusahkan rakyat tiada good governance langsung hanya menambahkan beban hidup rakyat.

Oleh itu sesiapa yang menyokong BN adalah mereka yang setuju rakyat terus dibebankan. Dan perlu ingat bukan itu saja kezaliman mereka contohnya dalam isu Royalti Minyak, Terengganu dan Kelantan, mereka dengan secara sewenang-wenang ikut sukahati sahaja menafikan hak kedua-dua negeri ini.

Post a Comment

SETIAP SAAT PERUBAHAN HENDAKLAH UNTUK MEMENANGKAN ISLAM
Setiap saat umat Islam hendaklah melakukan perubahan pada dirinya. Firman Allah;"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".[Ar Ra'd:11]
Oleh itu, jalan yang selamat adalah kembali berpegang pada Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w semoga umat Islam Malaysia sentiasa mendapat perlindungan Allah Taala.
______Dari Lajnah Penerangan Dan Dakwah_____