/ /PAS PUCHONG: Istisqa: MB Kelantan ikut Sunnah Nabi /

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong


Kereta
[1007]Terbuka:Berbayar
Darussyifa
[1008]Ahli Darussyifa':SenaraiNama

Monday, March 15, 2010

Istisqa: MB Kelantan ikut Sunnah Nabi


HarakahDaily.net Rizal Tahir

KOTA BHARU, 15 Mac: Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Azhar Abdullah berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meneruskan amalan solat sunat yang diteruskan oleh para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sebelum ini.

“Andainya itu ajaran baginda Rasulullah, maka Tuan Guru telah mengikut amalan berkenaan yang telah diajarkan oleh baginda sewaktu musim kemarau berlaku di zamannya,” ujarnya lagi.

Katanya, memandangkan agama itu hidup di negeri Kelantan, menyebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan sunnah tersebut termasuk dalam memohon hujan apabila negara ini dilanda panas dan kemarau baru-baru ini.

Tambahnya, setiap ujian yang melanda itu ada hikmahnya yang tersendiri, iaitu sebagai bala terhadap pendosa-pendosa yang dikenali sebagai kifarat Allah.

Sambungnya, selain itu juga ianya sebagai suatu peringatan kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, kerana bala Allah akan menimpa mereka walaupun bukan melakukan dosa.

Kejadian hujan lebat yang turun pada rakaat pertama pada program solat sunat istisqa Jumaat lalu disifatkan sebagai Allah telah memperkenankan doa-doa setiap hamba, khususnya mereka yang paling hampir denganNya.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohammad Fadzli Hassan, ketika diminta mengulas berhubung solat sunat tersebut memberitahu Allah ingin menunjukkan kebesaran-Nya, apabila hamba memohon, Allah terus memperkenankannya.

“Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar sepertinya yang begitu sukar dicari. Saya juga ingin peringatkan pada pihak tertentu yang sering memfitnah serta mengadu-domba Tuan Guru, takutlah dengan doa-doanya,” ujarnya lagi.

Katanya, sejak Tuan Guru dinobatkan sebagai seorang pemimpin Islam berpengaruh dunia, tekanan terhadapnya begitu hebat.

“Jadi saya ingin mengingatkan, berhati-hatilah dengan doa tok guru jangan sekali-kali diambil mudah,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, hujan tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat istisqa sewaktu Menteri Besar itu mengimamkan solat tersebut.

Akibatnya ribuan yang hadir untuk solat tersebut termasuk anggota-anggota Exco kerajaan negeri, dan lain-lain pimpinan basah kuyup terkena hujan.

1 comments:

GreenBackground said...

PAS menurut Sunnah Nabi S.A.W termasuklah sunnah perjuangan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu mewujudkan Daulah Islam, siasah, hidup dalam masyarakat berbilang agama dan kaum ketika itu, dan sebagainya.

Dalam kontek kemarau yang berlaku di Negeri Kelantan, umat Islam mempunyai dua pilihan untuk memhon pertolongan dari Allah iaitu samada melakukan sembahyang Sunnah Istisqa' menurut sunnah Nabi s.a.w atau membuat pembenihan awan atau apa kaedah teknologi yang wujud mematuhi Sunnah Allah.

Yang penting difahami adalah kedua-duanya dalam kekuasaan Allah Taala, oleh itu tidak perlu wujud pertembungan antara kedua-duanya. Kekeliruan timbul apabila sesetengah pihak tidak faham melihat kedua-duanya. Sehingga ada yang taksub dan condong hanya pada kemajuan Sains dan Teknologi (sunnah Allah)untuk menyelesaikan masalah dan pada masa yang sama memandang enteng atau memperkecilkan Sunnah Nabi s.a.w.

Allah SWT menguasai kedua-dua sunnah ini, dan terpulanglah pada Allah menentukan Sunnah mana yang akan menyelesaikan masalah tersebut.

Walaupun ada dua pilihan, umat Islam boleh melaksanakan kedua-duanya tanpa mengenepikan atau memperkecilkan mana-mana sunnah.

Oleh itu, memohon pertolongan dari Allah dengan menurut Sunnah Nabi s.a.w sekaligus membesarkan sunnah Nabi s.a.w dan umat Islam kembali memerhatikan atau peka pada Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam menyelesaikan masalah umat Islam.

Allahualam

Post a Comment

SETIAP SAAT PERUBAHAN HENDAKLAH UNTUK MEMENANGKAN ISLAM
Setiap saat umat Islam hendaklah melakukan perubahan pada dirinya. Firman Allah;"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".[Ar Ra'd:11]
Oleh itu, jalan yang selamat adalah kembali berpegang pada Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w semoga umat Islam Malaysia sentiasa mendapat perlindungan Allah Taala.
______Dari Lajnah Penerangan Dan Dakwah_____