/ /PAS PUCHONG: 'Orang Muda Geng Kita': Pemuda PAS cuba tangani masalah anak muda /

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong


Kereta
[1007]Terbuka:Berbayar
Darussyifa
[1008]Ahli Darussyifa':SenaraiNama

Monday, March 15, 2010

'Orang Muda Geng Kita': Pemuda PAS cuba tangani masalah anak muda

AMPANG, 15 Mac - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, Pemuda PAS akan berusaha sehingga dapat menjiwai anak-anak muda dan cuba menangani masalah yang mereka hadapi mengikut kemampuan yang ada.

"Ukhuwah dan persahabatan antara pemuda PAS dan anak-anak muda di luar PAS mesti dihidupkan agar kita dapat tolong-menolong ke arah kebaikan" katanya ketika merasmikan kempen 'Orang Muda Geng Kita' peringkat Wilayah Persekutuan dan pertandingan bowling Piala Ketua Pemuda, petang semalam.


Menurut beliau, peranan PAS bukan hanya sekadar berpolitik atau bercakap tentang tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.


"Peranan PAS adalah menyeluruh merangkumi aspek sosial ekonomi dan politik sesuai dengan sifat Islam yang syumul.


"Sebagai contoh Islam menasihati supaya umatnya beriadah dan menjaga kesihatan, maka kita mengadakan aktiviti sukan seperti bowling pada hari ini," tambahnya.


Dengan slogan 'Orang Muda Geng Kita' Pemuda PAS terus berusaha mendekati anak-anak muda dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bowling yang telah diadakan di Ampang Point petang semalam.


Pasukan Green Tea menjuarai pertandingan bowling itu dengan 1,975 jatuhan pin mengalahkan pasukan MIG di tempat kedua (1,738) dan Kampung Tasek Tambahan di tempat ketiga (1,732).


Saiful Bahari menjadi pemain terbaik kejohanan dengan 602 jatuhan pin.


Hadiah telah disampaikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan.

1 comments:

GreenBackground said...

Syabas, satu usaha semoga Allah mempermudahkan Pemuda menawan hati anak-anak muda dan cuba menangani masalah yang mereka hadapi mengikut kemampuan yang ada.

Medan dakwah ini juga menghadapi buaya-buaya yang bergerak disebalik batu yang menarik anak-anak muda sehingga terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat serta merosakkan masa depan anak-anak muda itu.

Post a Comment

SETIAP SAAT PERUBAHAN HENDAKLAH UNTUK MEMENANGKAN ISLAM
Setiap saat umat Islam hendaklah melakukan perubahan pada dirinya. Firman Allah;"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".[Ar Ra'd:11]
Oleh itu, jalan yang selamat adalah kembali berpegang pada Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w semoga umat Islam Malaysia sentiasa mendapat perlindungan Allah Taala.
______Dari Lajnah Penerangan Dan Dakwah_____