/ /PAS PUCHONG: Pakatan urus Selangor cara terbaik /

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong


Kereta
[1007]Terbuka:Berbayar
Darussyifa
[1008]Ahli Darussyifa':SenaraiNama

Tuesday, March 9, 2010

Pakatan urus Selangor cara terbaik



SHAH ALAM, 9 Mac: Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berjaya mengurus sumber kewangan negeri dengan berkesan malah menggunakan hasil itu pula untuk kesejahteraan rakyatnya.

Banyak kejayaan dicapai termasuk peningkatan jumlah pelaburan masuk sepanjang 2009 kepada RM6.76 bilion dan mengutip RM50 juta daripada hutang Talam Corporation sebanyak RM392 juta.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi ketika menyampaikan syarahan perdana sempena perayaan dua tahun kerajaan baharu Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Turut berucap dalam majlis yang adiadakan di Stadium Malawati dekat sini adalah Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, Exco Teresa Kok, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dun Selangor, Azmin Ali dan bekas timbalan menteri, Datuk Kalakau Untul yang menyertai PKR, baru-baru ini.



Tan Sri Khalid juga berkata, daripada hasil RM50 juta yang berjaya dikutip itu telah digunakan pula untuk membiayai program tabung mikro kredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Selangor.

“Jumlah hutang yang sebesar itu dilupa atau digelapkan tapi kita dapat cungkil,” tegasnya dengan mendapat sambutan ribuan orang ramai yang memenuhi ruang di stadium tertutup itu.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa berkaitan dengan proses mengadakan tabung itu dipengerusikan oleh Datuk Dr Hasan dengan dipantau oleh Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid sendiri.

Tabung bantuan kepada mereka yang berhak itu berkonsepkan kredit secara Islam yang dikenali sebagai al-Qardhul-Hasan, jelasnya lagi.

Menteri besar seterusnya berkata, sepanjang dua tahun PR memerintah Selangor, kerajaan berjaya memperkenalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kesemua tujuh pendekatannya mengembalikan hasil sumber negeri kepada rakyat.

Untuk rekod, ketujuh perkara itu meliputi pemberian 20 meter pertama air secara percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Mesra Usia Emas, sumbangan pelajar ke universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.

1 comments:

GreenBackground said...

Ada satu khurafat yang mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan berkubur, tidak sampai pun 1 tahun. Ianya merisaukan rakyat. Ianya khurafat sebab mempercayai kata-kata politik seperti itu yang tiada asas atau tiada statistik malah hanya retorik politik berbentuk khurafat semata-mata mungkin kerana sangat marah.

Sekarang sudah dua tahun lebih, dan khurafat itu akhirnya tidak lagi menghantui pemikiran rakyat sebab Pakatan Rakyat telah berjaya membuktikan bahawa itu semata-mata khurafat. Sepertimana satu khurafat dahulu yang mengatakan Selangor tidak mungkin dapat ditawan oleh Barisan Alternatif.Ternyata ianya sekadar khurafat sebab tiada asas dan rujukan yang sahih atau bacaan politik yang melampau yang digerakkan agar rakyat meyakininya.

Ini satu khufarat moden dalam dunia politik, iaitu kata-kata atau retorik politik yang mencabar atau bercanggah ketentuan dan kekuasaan Allah.Siapa yang memerintah adalah urusan Allah termasuklah Firaun pun diberi pemerintahan, oleh itu tiada yang mustahil berlaku pertukaran pemerintahan buktinya Firaun yang mempunyai berpasak-pasak tentera dan akhirnya segala kekuatan itu berkubur dilaut Merah.

Post a Comment

SETIAP SAAT PERUBAHAN HENDAKLAH UNTUK MEMENANGKAN ISLAM
Setiap saat umat Islam hendaklah melakukan perubahan pada dirinya. Firman Allah;"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".[Ar Ra'd:11]
Oleh itu, jalan yang selamat adalah kembali berpegang pada Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w semoga umat Islam Malaysia sentiasa mendapat perlindungan Allah Taala.
______Dari Lajnah Penerangan Dan Dakwah_____