
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertingkat intergriti pegawai-pegawai penguasanya bagi memastikan organisasi itu mampu untuk memberikan jaminan kepada rakyat akan kesungguhannya membanteras rasuah dinegara ini.
Pendakwaan dimahkamah terhadap seorang Penolong Penguasa SPRM Selangor yang dituduh meminta rasuah sebanyak RM250,000 dari seorang suspek yang dituduh merasuah pegawai lain di Imigresen dan jabatan pendaftaran negara amat memalukan dan mencalarkan imej SPRM. Harapkan pagar, pagar pula jual diri.
Rakyat akan terus mempersoalkan kredibiliti SPRM jika perkara ini tidak ditangani. Pegawai yang bekerja ditempat Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM ini sewajarnya berlaku jujur dalam menjalankan tugasnya.
PAS berharap agar SPRM memantau dan melakukan penambahbaikan untuk membina intergriti pegarai dan seluruh organisasinya.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
1 comments:
Hentahlah satu agensi kerajaan yang banyak dimenerima teguran rakyat .....jerung pulak semakin besar bukannya rakyat tak nampak, air nya jernih , tapi jenis jerung sekarang ni yang makan jerung, peergh faham sendiri ler...
Rakyat dah nampak, hanya dulu zaman baru merdeka mungkin rakyat keliru adakah jerung atau ikan lumba-lumba. Zaman ni satu klik saja dah cukup.....rupanya jerung nak tangkap jerung.
Post a Comment