/ /PAS PUCHONG: February 2010 /

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PAS Puchong


Kereta
[1007]Terbuka:Berbayar
Darussyifa
[1008]Ahli Darussyifa':SenaraiNama

Friday, February 26, 2010

Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Tegak Sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.


Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?


Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)


Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.


Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.


Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.


Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.


Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.


DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

Tuesday, February 23, 2010

Nik Aziz: Keakraban PAS-bukan Islam tidak direka kerana politik





BACHOK, Feb 22 - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberitahu hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukan sesuatu yang dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik sebagaimana diandaikan sesetengah pihak.

Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.


“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.


“Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.


“Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.


Majlis tersebut diadakan di pekarangan rumah bekas penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat mendiang Koh Soh Cheng di Jelawat dekat sini, petang ini.


Hadir sama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.


Nik Aziz berkata tuduhan pihak tertentu kononnya tindakan PAS mengambil langkah berbaik-baik dengan kaum lain semata-mata bagi menjaga kepentingan politik di samping untuk menarik sokongan bukan Melayu adalah tuduhan orang yang dengki dengan kejayaan PAS yang mampu dijadikan model dalam konsep hubungan kaum.


Sementara itu Nasharudin memberitahu bahawa dalam konteks Islam masyarakat bukan Islam adalah saudara seinsan dengan masyarakat Islam.


“Ini adalah hakikat ajaran nabi Muhammad SAW.


“Berdasarkan satu riwayat, sekumpulan orang sedang mengusung jenazah melintasi hadapan nabi, tiba-tiba nabi bangun menghormatinya. Lalu sahabat tanya baginda kenapa bangun sedangkan jenazah yang diusung itu adalah mayat orang Yahudi.


“Maka jawab Rasulullah semua penganut agama di atas muka bumi ini dituntut agar saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.


“Demikian betapa luhurnya sifat Rasulullah dalam menjaga kepentingan atau kehormatan lain-lain agama,” tambah beliau.

Umno tak anjur perarakan, kenapa Pulau Pinang Di Pertikai?

KENYATAAN MEDIA: Umno tak anjur perarakan, kenapa Pulau Pinang Di Pertikai?

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.


Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.


Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.


Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara. Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal 'Melayu' tidak laku, mereka mereka cuba jual 'Islam' untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.


Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno sempena meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.


PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno. Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya. Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Umno bercelaru antara Perarakan Maulid dan bertafakur depan Tugu Negara



Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahamann mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini. Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010.

Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW.


Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat.


Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun umno sapu bersih di kawasan melayu


Dengan timbulnya isu perarakan maulid Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak golongan yang belajar agama dalam Umno untuk tampil memberikan hujah dan hukum berhubung isu perarakan maulidur Rasul dan bertafakur dihadapan tugu negara.


Pada masa ini Umno sengaja menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam di negara ini dengan memainkan isu perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang, tanpa memberikan kefahaman kepada ahli mereka tentang hukum syiar berkenaan diadakan.


Umno menjadikannya bahan politik dan menjaja di seluruh negara seolah-olah perarakan berkenaan adalah sesuatu yang wajib dan menjadi sunnah Rasulullah. Ramai kalangan ahli Umno yang tidak tahu sejarah sambutan Maulidur Rasul ini.


Di antara fakta sejarah mencatatkan, bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara.


Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat.
Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual yang boleh jatuh kepada hukum bida’ah dhalah.


Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu.


Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja’far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk ‘Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.


Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H).


Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.


Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri.


PAS bertegas agar umat Islam menunaikan perkara wajib iaitu mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan hidup berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.
Kita lihat sahaja, setiap kali ada sambutan dan perarakan, wang rakyat akan dihabiskan untuk menempah baju baru kepada peserta perarakan dan mengundang penyanyi-penyanyi untuk berhibur sedangkan tidak semua rakyat dapat hadir ke dalam majlis itu.


Sebaiknya wang berkenaan digunakan untuk membantu fakir miskin yang masih wujud dinegara ini. Tidak mengapa jika perarakan tidak diadakan kerana boleh digantikan dengan program lain seperti kuliah, berzanji dan majlis-majlis lain yang melibatkan rakyat kebanyakkan diseluruh pelusuk Masjid dan surau dinegara ini.


PAS pelik kenapa Umno begitu bersungguh memainkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata dan teliga melihat Presiden mereka setiap tahun bertafakur di hadapan tugu negara yang sebelum ini difatwakan sebagai perbuatan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


Ke mana dokumen keputusan Majlis Fatwa itu disimpan. Kenapa ahli-ahli Umno tidak bangkit berdemo atau mengadakan bantahan bila pemimpin umno bertafakur di hadapan tugu negara setiap tahun.


PAS menghargai jasa anggota Keselamatan negara, dan mahu jasa mereka itu dikenang dengan Kerajaan memperbanyakan bantuan kepada waris-waris mereka dan bukannya menghabiskan duit membeli bunga untuk dikalungkan pada patung tugu yang tidak bernyawa itu.


PAS menyeru kepada ahli Umno supaya mendalami Islam dan bukannya mengambil Islam mengikut keperluan mereka dan membuang sebahagian hukum Islam untuk kepentingan politik mereka.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Maulidur Rasul: Rendahnya mentaliti Umno

Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.

Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.

Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.

Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?

Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya.

Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.

PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.

Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?

Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.

Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.

Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.


Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.

Kehakiman lemah punca negara luar campur tangan - Presiden PAS


KUALA TERENGGANU, 22 Feb - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kelemahan proses kehakiman dan perundangan negara ini telah menyebabkan pihak luar campur tangan dan memprotes sistem kehakiman negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.


Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.


Ketika ditanya wartawan "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?" Abdul Hadi menjawab begini:-


"Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."


Berikut ialah jawapan penuh beliau kepada soalan yang dikemukakan pihak media.


Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?


Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.


Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.


Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?


Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.


Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?


Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.


Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?


Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.


Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?


Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.


Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?


Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.


Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?


Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.

Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 20 Feb - Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.


Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.

Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.


Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.


S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?


J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.


S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?


J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘religion’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi.


Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu.


Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun).


Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama-ulama dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.


S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.


Perkara yang prinsipal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat.


Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.


S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?


J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.


Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu.


Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.


Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini.


Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.


Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.


Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.


Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.


Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak.


Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.

Saturday, February 20, 2010

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan Tahun 2010, PAS Kawasan Puchong.


Alhamdulillah, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan Tahun 2010, PAS Kawasan Puchong telah diadakan pada 19 Februari 2010 bermula pukul 0900 malam di Balai Masyarakat Zon 13 Puchong Perdana. Majlis telah berjalan lancar dengan kehadiran Ketua dan perwakilan dari semua cawangan memenuhi dewan. Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Osman Sabran Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor.


Beliau telah menyampaikan ucapan menasihatkan ahli PAS akan tanggungjawab ahli dalam Gerakan Islam PAS. Aspek pertama yang ditekankan oleh beliau adalah ahli PAS mestilah memahami bahawa Gerakan Islam PAS adalah Gerakan Islam yang syumul.Dasarnya Al Quran dan Sunnah, al ijma' & al Qiyas. Matlamat gerakan ini adalah mencari keredhaan Allah.



Beliau turut menekankan agar ahli PAS hendaklah sentiasa bersama dengan orang yang beribadah serta taat kepada Allah. Jangan sesekali membelakangi Al Quran dan Sunnah dengan menurut kehendak nafsu serta erpengaruh pada mereka yang mengutamakan nafsu.
Beliau turut mengingatkan ahli PAS menjauhi dari mereka yang melakukan kezaliman dan orang yang bertindak melampaui batas. Beliau menyeru agar ahli PAS dapat melaksanakan tanggungjawab. Jika tidak gerakan akan hancur dan pejuangnya pula menjadi mangsa. Tiga faktor tersebut adalah kerja jihad mestilah dilaksanakan dengan istiqomah,lakukan dengan kekuatan yang ada,meramaikan keahlian.

Beliau juga menjelaskan, pendekatan yang diambil adalah berpandukan pada apa dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

1. Marhalah Taarif iaitu ahli PAS memperkenalkan kepada masyarakat melalui syarahan, ceramah,forum, kelas pengajian dan lain-lain.

2. Marhalah Takwim iaitu membentuk tenaga ahli disemua peringkat agar sanggup bekerja untuk PAS dengan menghampirkan diri pada Allah dan ikhlas mencari keredhaanNya, tidak terpedaya dengan kesenangan, harta, wanita, tidak pentingkan perut dan tidak menukarkan agama dengan duit.(Al Kahfi:28 dan hadis akhir zaman)

3. Marhalah Tanfiz iaitu beliau menekankan betapa pentingnya mencurahkan tenaga untuk kepentingan Gerakan Islam PAS tanpa mengenal penat lelah, mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit dengan ikhlas dan sabar tanpa mengharapkan sanjungan, pujian, penghormatan samada dalam masa kalah mahupun dalam masa menang.



Demikianlah secara ringkas ucapan beliau dan sebaik sahaja selepas ucapan tersebut beliau melafazkan "Bismillahirrahmannirrohim" bagi merasmikan Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan Tahun 2010, PAS Kawasan Puchong. Dengan perasmian ini maka semua cawangan secara rasminya dapat mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak AJK Kawasan mengucapkan terima kasih kepada Dr Ustaz Osman Sabran yang telah merasmikan Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan tahun 2010 PAS Kawasan Puchong, serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ketua dan perwakilan cawangan yang telah hadir bagi melaksanakan tanggungjawab ini.

MEMPERKUKUHKAN UKHUWAH DAN MEMPERKASAKAN JAMAAH

Kapt(B)Mior Badri
Timbalan Penerangan Dan Dakwah
PAS Kawasan Puchong








Assalamualaikum,









ANGGOTA RASUAH :KREDIBILITI SPRM TERCALAR



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertingkat intergriti pegawai-pegawai penguasanya bagi memastikan organisasi itu mampu untuk memberikan jaminan kepada rakyat akan kesungguhannya membanteras rasuah dinegara ini.

Pendakwaan dimahkamah terhadap seorang Penolong Penguasa SPRM Selangor yang dituduh meminta rasuah sebanyak RM250,000 dari seorang suspek yang dituduh merasuah pegawai lain di Imigresen dan jabatan pendaftaran negara amat memalukan dan mencalarkan imej SPRM. Harapkan pagar, pagar pula jual diri.

Rakyat akan terus mempersoalkan kredibiliti SPRM jika perkara ini tidak ditangani. Pegawai yang bekerja ditempat Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM ini sewajarnya berlaku jujur dalam menjalankan tugasnya.

PAS berharap agar SPRM memantau dan melakukan penambahbaikan untuk membina intergriti pegarai dan seluruh organisasinya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, February 19, 2010

UiTM : Umno jahil undang-undang yang dibuatnya sendiri

KENYATAAN MEDIA
UiTM: JAHIL UNDANG-UNDANG YANG DIBUATNYA SENDIRI




Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kejahilan Umno yang mengakui bahawa mereka tidak tahu tindakan mereka mengadakan program politik dalam kawasan Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Jengka, Pahang itu bertentangan dengan Akta 174 UiTM.

Umno sepatutnya bertanggungjawab dan melihat akta itu kerana merekalah yang menciptanya sebelum ini hingga memisahkan masyarakat kampus dari dunia Politik. Mereka sendirilah yang mencipta undang-undang yang menghalang fasiliti dan segala apa yang ada didalam kampus itu untuk digunakan bagi tujuan politik kecuali dengan kebenaran Menteri yang mana menterinya juga adalah ahli Umno.


Kejahilan Umno Pahang ini sangat mendukacitakan kerana mereka memperlakukan harta kerajaan seperti harta mak bapak mereka. Orang lain tak boleh guna, tapi mereka dengan senang-lenang mengubal akta yang hanya membolehkan mereka sahaja mengunakannya.


Kenyataan PAS sebelum ini sememangnya bertujuan untuk membongkar program berkenaan. PAS mahu mempastikan Umno Pahang yang membangkrapkan negeri itu benar-benar membayar sewa fasiliti yang digunakan kerana kita tidak mahu apa yang berlaku pada Elegant Advisory Sdn. Bhd. dan vendor-vendor lain berlaku pada UiTM.


Sudah ada beberapa kes dilaporkan yang mana Umno menempah, menyewa dan mengunakan sesuatu kemudahan tetapi mereka tidak bayar dan kes dibawa ke mahkamah. Kes-kes ini tidak termasuk kes pengunaan fasiliti seperti Dewan orang ramai, tabika Kemas dan padang-padang awam yang sering digunakan Umno secara percuma selama ini.


Dalam kes UiTM, PAS menempelak Umno yang terdesak memberikan penjelasan bahawa mereka akan bayar segala kos selepas habis konvensyen itu, walhal kebiasaannya bila mana-mana agensi mengunakan fasiliti kampus itu mereka kena membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu.


PAS mendesak UiTM menjelaskan berapakah bayaran yang diterima mereka dari Umno dan mahu UiTM memberikan jaminan untuk memberikan hak yang sama kepada organisasi lain termasuk parti Politik bukan Umno yang berhasrat menyewa fasiliti kampus itu dimasa hadapan tanpa sebarang kekangan.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kebanjiran warganegara asing di Malaysia membimbangkan

KENYATAAN MEDIA
KEBANJIRAN WARGANEGARA ASING DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan dengan seluruh rakyat Malaysia yang kini begitu resah dengan kebanjiran warganegara asing khususnya mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin atau tinggal melebihi waktu.



Pekerja asing yang berpermit sahaja kini sudah melebihi 2.1 juta orang dan mereka bekerja dipelbagai sektor. Manakala mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin dan tinggal melebihi waktu yang tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasan berjumlah sekitar 500 ribu - 800 ribu orang.


Sektor keselamatan (Pengawal Keselamatan) negara kini dikuasai oleh warganegara Nepal, Pembantu rumah dikuasai oleh warganegara Indonesia, restoran mamak pulak dikuasai oleh warganegara India, begitu juga sektor perkilangan, perladangan dan sebagainya.


Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah kewujudan koloni-koloni khas bagi warganegara asing ini hingga merubah suasana negara ini dan menakutkan rakyat.


Di Lembah Klang sahaja kita boleh melihat beberapa kawasan dikuasai oleh warganegara asing. Chow Kit dikuasai oleh warganegara Indonesia, Pasar Selayang dikuasai oleh warganegara Myanmar dan Bukit Jalil dikerumuni oleh warganegara dari Afrika.

Selain menguasai kawasan perniagaan, peningkatan kadar jenayah ragut, rompak, cabul, rogol dan menganggu ketenteraman awam juga meningkat dikalangan warganegara asing ini hingga menimbulkan rasa takut kalangan warga tempatan

Pada musim cuti perayaan pula, kita boleh melihat Kuala Lumpur bertukar wajah dan indentiti sebagai ibu negara Malaysia hilang dengan sekelip mata dengan kebanjiran warganegara asing. Sebaiknya Imigresen membuat operasi di ibu negara pada musim-musim cuti bagi memantau hal ini.


PAS berharap agar pihak Imigresen terus meningkatkan operasi membanteras pendatang tanpa izin dan mereka yang tinggal melebihi waktu yang dibenarkan. Tahun lepas sahaja Kerajaan mengakui mereka gagal mengesan 40 ribu warganegara India yang tinggal melebihi waktu. Kegagalan ini amat dikesali kerana tiada sistem pemantau dibuat terhadap warganegara asing yang datang ke negara ini mengunakan visa ketibaan, visa pelajar atau visa pelancong.


PAS juga kesal kerana kerajaan gagal mengawal kebergantungan negara terhadap pekerja asing sedangkan berpuluh ribu pekerja tempatan bakal menganggur selepas ditamatkan kontrak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mulai Mac ini.


Ketelusan pengeluaran permit pengambilan pekerja asing masih boleh dipertikaikan kerana kerajaan beberapa kali membekukan kemasukan pekerja asing dari beberapa negara tetapi secara senyap-senyap ada pula kelulusan khas dari pihak Menteri.


Bahagian Pengurusan Pekerja Asing di Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab penuh dengan kebanjiran pekerja asing yang berlaku hari ini. PAS difahamkan bahawa dalam Bahagian ini terdapat 3 jenis kelulusan iaitu, kelulusan dari pegawai penilai (Ikut prosedur biasa), kelulusan dari pegawai atasan hingga peringkat KSU (Rayuan) dan kelulusan khas dari Menteri atau Setiausaha-setiausahanya.


PAS paling bimbang kelulusan khas yang dikeluarkan dari pejabat Menteri kerana terdapat beberapa kes yang memang tidak layak atau syarikat-syarikat yang diberi konsensi khas bagi membawa masuk pekerja asing untuk diagih-agihkan oleh ejen-ejen lain.


Paling menarik, selama ini kita hanya mendengar permit pembantu rumah kalangan wanita, kini sudah ada permit untuk pembantu rumah kalangan lelaki pula.


PAS melihat bahawa dasar pengambilan pekerja asing sepatutnya dipertegaskan bukan dilonggarkan hingga memberikan begitu banyak masalah dalam masyarakat. Malah kos penghantaran pendatang tanpa izin juga meningkat setiap tahun dengan minima adalah RM 3.5 juta setahun.


PAS berharap agar kerajaan mengambil langkah serius bagi mengawal masalah ini dan berharap agar undang-undang serta penguatkuasaan dipertingkatkan bagi memastikan negara ini masih kekal berwajah Malaysia.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Dapatkan maklumat tepat dari pemimpin Pulau Pinang - Nasruddin


GEORGETOWN, 19 Feb - Dewan Pemuda PAS Pusat meminta semua pihak mendapatkan maklumat yang tepat daripada pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri berhubung apa sahaja isu yang berlaku di negeri ini sebelum membuat kesimpulan awal sendiri.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, kebanyakan isu berkaitan tindakan kerajaan Pulau Pinang pada waktu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan dan direka oleh pihak tertentu untuk cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP negeri itu.

"Saya betul-betul mengharapkan selepas daripada ini terutamanya pihak media agar dapat memberikan laporan dan penjelasan kepada masyarakat berasaskan fakta yang benar dan tepat dengan mendengar sendiri dari pihak kerajaan Pulau Pinang," tegasnya.


Tambahnya lagi, kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang seharusnya diberi peluang membuktikan keupayaan memimpin negeri itu kerana mereka dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu dan bukannya cuba melaga-lagakan dan memecahbelahkan mereka.

Tanggungjawab membuat perubahan, jelasnya bukan kerja mudah apatah lagi setelah sekian lama dirosakkan oleh kerajaan BN yang memerintah sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam.

Terdahulu, deligasi dari 13 anggota dewan harian pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Pulau Pinang mengadakan pertemuan tertutup hampir dua jam bersama Lim.

Pertemuan tersebut bagi mendapat penjelasan perkara sebenar terhadap beberapa isu yang sedang diperkatakan tentang negeri ini.

"Kunjungan hormat kami hari ini bertujuan mendapat penjelasan dan maklumat 'first hand' dari ketua menteri selepas diasak pihak media dan pemerintah Umno BN.

"Saya kira, banyak maklumat tidak tepat dan ada orang ketiga atau pihak lain memanipulasi maklumat itu," katanya lagi.

Dalam pertemuan itu juga, Nasruddin memklumkan beliau turut menyampaikan beberapa hasrat dan kebimbangan masyarakat Melayu negeri itu terhadap beberapa tindakan kerajaan negeri.

"Alhamdulillah jawapan diberikan ialah beliau (Lim) bersedia bertemu dengan semua NGO asalkan sahaja pertemuan itu atas maksud untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi segala salah faham dan ketidakjelasan terhadap sesuatu isu," tambahnya.



Berhubung dakwaan kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul tahun ini pula, perkara itu jelas Nasruddin sengaja ditimbulkan.

Ianya kerana sambutan tersebut sebenarnya hanya ditunda dan tetap akan diadakan pada 26 Februari ini.

"Pada tahun 2008, perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, ketua menteri berada di saf hadapan dan saya kira dia (Lim) ketua menteri bukan Islam pertama menyertai maulud dalam negara kita," katanya.


Manakala Lim dalam responsnya menyatakan kesediaan secara terbuka untuk bertemu dan membuat penjelasan kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tersebut

Isu perarakan Maulidur Rasul, pemimpin Umno ‘benak


KUALA NERUS – 19 Feb - Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, menyambut Maulidur Rasul adalah satu syiar yang boleh, samada mahu disambut atau pun tidak, oleh orang Islam.

Sebaliknya, kata beliau, bertafakkur di hadapan tugu negara adalah haram yang sama sekali ditegah didalam Islam.

Namun katanya, pemimpin Umno tidak bercakap soal yang haram itu, apabila Perdana Menteri tunduk bertafakkur dihadapan Tugu Negara, tetapi membesar-besarkan berkaitan soal perarakan Maulidur Rasul

”Untuk…bertafakkur depan (Tugu Negara) memang tak boleh, yang ini (menyambut MaulidurRasul (adalah syiar), perarakan itu hanya sebahagian program sahaja, mengapa Umno tak bising (yang haram itu),”k atanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung cawangan DUN Seberang Takir, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang digembar-gemburkan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memburukkan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Menurutnya, PAS mengambil pendirian bahawa sambutan MaulidurRasul hanyalah syiar dan perarakannya adalah program, yang tidak menjadi masalah, samada mahu melaksanakannya, atau pun tidak.

Oleh itu, di negeri Kelantan PAS tidak mengadakan perarakan tetapi mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan menganjurkan pelbagai Majlis Ilmu, yang mengingatkan umat Islam terhadap RasuluLlah dan perjuangannya menegakkan Islam.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata pemimpin Umno ‘benak’ kerana tidak boleh melihat dan membezakan antara benda yang lebih besar dan penting, berbanding perkara yang kecil dan kurang penting.

Katanya perkara yang lebih besar dalam Islam adalah perkara yang dilarang dan diharamkan seperti bertafakkur dihadapan Tugu Negara.

”Umno tak nampak perkara ini, tetapi nampak menyambut Maulidur Rasul lebih besar sedangkan ia hanyalah satu syiar,”jelasnya.

Monday, February 15, 2010

Perutusan Sempena Tahun Baru Cina


Perutusan Sempena Tahun Baru Cina


Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara. PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini. Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Presiden PAS

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Sunday, February 14, 2010

Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam

Kapal Selam: Lagi Episod Aib Negara


Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kerosakan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman sehingga tidak boleh menyelam antara satu lagi episod yang mengaibkan sistem pertahanan negara apatah lagi ianya baru lima bulan tiba di perairan Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, selain meyedihkan, ianya juga satu lagi rekod buruk sistem penting negara yang memerlukan siasatan rapi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar berlakunya keadaan tersebut.

"Ini sudah tentu ada kaitan dengan hasil pembelian yang tidak ikut spesifikasi, kita pertikai pihak yang buat perundingan dan pihak yang membeli," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penyelewengan dan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

"Kita minta satu kertas putih dibentangkan di parlimen, kenapa sering berlaku perkara begini pada sistem pertahanan negara kita, terlalu banyak penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pembelian ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Semalam, Panglima Tentera Laut, Jeneral Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (defect high pressure air blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Kerosakan mekanikal pada kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

Ekoran itu kapal selam terbabit dinasihatkan untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.

Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

Friday, February 12, 2010

Kerajaan Najib alami masalah kewangan serius

Kerajaan Najib alami masalah kewangan serius
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 12 FEBRUARY 2010 08:28


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal dimana Kementerian dan agensi kerajaan kini telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.

Sebelum ini Kerajaan mengarahkan agar semua Pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik diwaktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik. Kemudian Kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan Kementerian serta Jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di Hotel-hotel. Walaubagaimana pun arahan ini tidak semua dipatuhi. Langkah terbaru Kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan dibeberapa jabatan.

Tahun lepas sahaja, 1 juta kakitangan awam kecewa kerana Kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib mengantikannya dengan wang saguhati RM 500 yang dibayar secara ansuran oleh kerajaan.

Kerajaan juga didapati telah mengeluarkan arahan tidak rasmi dibeberapa Kementerian untuk tidak memberikan bayaran berbentuk wang kepada kakitangan yang bekerja lebih masa. Pada waktu ini Kerajaan hanya membenarkan kakitangannya untuk mendapat cuti gantian memandangkan budget pengurusan telah dikurangkan.

Kerajaan turut membuat dasar mengurangkan pengambilan baru untuk kakitangan sokongan dan Profesional serta melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai yang sepatutnya pencen melalui skim kontrak selama 2 atau tiga tahun.

Semua kakitangan kontrak pula dijangka akan ditamatkan kontrak bermula pada bulan Mac hingga Jun ini.

PAS melihat bahawa negara bakal mengalami peningkatan kadar pengangguran yang tinggi menjelang bulan Mac ini ekoran begitu ramai kakitangan kontrak Kerajaan ditamatkan kontrak.

PAS menyarankan agar kerajaan memberikan peluang kepada Kakitangan Kontrak yang ditamatkan ini untuk menyertai GLC milik Kerajaan dan meminta syarikat-syarikat GLC ini agar mengurangkan pengambilan pekerja asing. PAS mendesak agar jumlah kemasukan pekerja asing dikurangkan disemua sektor sebelum akhir 2010.

PAS juga mahu Kerajaan menumpukan perbelanjaan mengurusan dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pembangunan. Projek pembangunan yang tidak perlu atau tidak mendesak wajar dibekukan pada masa ini.

Beberapa program ekonomi baru perlu diwujudkan, tetapi PAS menolak cadangan Kerajaan yang mahu memperkenalkan GST, kerana ianya tidak releven dengan keadaan ekonomi rakyat pada masa ini. Pada waktu inflasi sebegini, bantuan Kerajaan amat diperlukan tetapi jika kerajaan menaikkan cukai atau meluaskan pakej cukainya maka peningkatan harga barangan pengguna dipasaran tidak boleh dihalang. Tindakan kerajaan menarik beberapa subsidi dalam keadaan sekarang juga dilihat tidak bijak, kerana ianya tidak memberikan manfaat mutlak kepada pengeluar dan pengguna.

PAS juga hairan, kenapa Najib mengurangkan tumpuan kepada program-program pertanian yang sebelumnya diusahakan di zaman Pak Lah, tetapi lebih sibuk mengejar usaha rundingan FTA dengan negara luar khususnya Amerika. Untuk rundingan dengan Amerika sejak empat tahun yang lalu, negara telah belanjakan lebih sejuta wang rakyat, sedangkan belum ada apa-apa perjanjian yang berjaya dimeterai.

PAS berharap agar sebarang rundingan FTA dengan negara luar dibekukan buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan dalam negara pada masa ini terlalu lemah hingga menyebabkan negara menjadi pusat lambakan barangan dari negara China yang mengambil peluang dari perjanjian FTA-China ASEAN.

Negara akan bankrap jika Kerajaan yang dipimpin Najib gagal untuk membangunkan sumber-sumber kewangan baru dan merancang perbelanjaan kerajaan secara bijak.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pelancaran 'KEMPEN ANTI ZINA, ARAK & PERGAULAN BEBAS'

Pelancaran 'KEMPEN ANTI ZINA, ARAK & PERGAULAN BEBAS'
Ditulis oleh DPP Pusat
FRIDAY, 12 FEBRUARY 2010 07:14


MEMO MEDIA
Kepada :-

Semua Editor, Blogger dan Wartawan,

Media Massa & Media Baru.
Saudara / saudari,


PELANCARAN KEMPEN ANTI ZINA, ARAK & PERGAULAN BEBAS.

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam akan melancarkan kempen tersebut seperti berikut :-

Tarikh : 13 Februari 2010 ( SABTU )

Masa : 05.00 Petang
Tempat : Pasar Seni / Central Market,

Jalan Tun Tan Cheng Lock, KL.


Pelancaran akan di sempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.

Wednesday, February 10, 2010

Bangkitlah Dengan Semangat Baru

Bangkit Dengan Semangat Membara-Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.

Monday, February 8, 2010

Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

KENYATAAN MEDIA
PULAU PINANG MAJU, UMAT ISLAM DAN MELAYU TERBELA DI BAWAH PAKATAN


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Hasil Negeri

Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.


Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.


Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.


Peruntukan Untuk Institusi Islam

Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.


Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.


Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.


Kontraktor Melayu tidak diabaikan

Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.


Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.


Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.


Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.


Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam Pilihanraya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat dinegeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang.

PAS sedia dialog dengan Umno Isu Islam, Rakyat

Ditulis oleh Harakahdaily
MONDAY, 08 FEBRUARY 2010 01:36


GOMBAK, 6 Feb - Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno/Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga isu berkaitan kepentingan rakyat.



Presiden PAS berkata, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno yang hadir dan wakil mereka ada di dalam dialog berkenaan.

“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini.

"Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno. Kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis taklimat khas Presiden PAS berhubung isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di Anjung Rahmat, di sini, hari ini.

Sementara itu di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan tujuan muzakarah yang dicadangnya dengan pemimpin Umno hanya untuk mengetahui kenapa parti itu menolak dasar perjuangan Islam.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama ingin mendapat penjelasan kenapa parti itu juga melawan perjuangan PAS yang ingin menegakkan Islam.

Sedangkan, tambahnya amat tidak wajar parti itu menentang perjuangan PAS memandangkan ianya diperjuangkan oleh orang Melayu yang menegakkan Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Sahabat Cyber Sayang Kelantan (Saing) dan pelancaran Facebook Tok Guru sempena majlis Hi-Tea Kelantan Facebookers Ghatering di Perdana Resort petang ini.

Menurutnya, Umno juga perlu menjelaskan kenapa parti itu tidak mahu bersama dengan dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS kepada umum.

“Itu saja cadangan saya untuk bermuzakarah, tidak ada perkara lain, Umno kena jelas kenapa partinya menolak perjuangan Islam, yang lain tu biar dulu,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana Umno Kelantan menyambut baik saranannya itu.

Bagaimanapun, menurutnya, bukan sahaja Umno Kelantan yang harus bersetuju, yang penting sekali dalam soal ini Umno di peringkat pusat.

Tambahnya, apa yang ingin dimuzakarah ialah soal agama, bukannya teori, falsafah atau sebagainya.

Menjawab tuduhan Umno yang mendakwa cadangan muzakarah itu dibimbangi beliau tidak konsisten sebagaimana pertemuan sebelum ini yang dikatakan batal, beliau menafikan perkara itu.

“Bila tidak jadi? Siapa yang batal pertemuan? Saya nak jumpa dengan orang, tetapi orang tak mari (datang) nak jumpa macam mana,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tegasnya, hasrat untuk mengadakan muzakarah itu setakat ini hanya melalui cadangan.

“Lepas ni kita akan teruskan dengan usaha lain pulak melalui tulis surat ke, facebook ke, pandailah kita buatnya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, cadangan itu telahpun dikemukakan melalui surat kira-kira tiga bulan lalu untuk mengadakan pertemuan bagi mengadakan muzakarah tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya sehingga kini belum ada jawapan berhubung perkara itu.

Beliau mempersoalkan tentang imbuhan kepada qari dan qariah di peringkat antarabangsa sebanyak RM2,000 sebulan.

“Nak bagi tu baguslah, tetapi apa tujuan pertandingan bacaan quran itu dibuat, saja untuk dilagukan atau untuk diambil manfaat hasil dari bacaan,” ujarnya.

Saturday, February 6, 2010

Munajat hapus rampasan kuasa jahat Umno

Munajat hapus rampasan kuasa jahat Umno
Ditulis oleh DPPN Perak
FRIDAY, 05 FEBRUARY 2010 03:22


IPOH, 5 Feb - Rakyat diseru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan ditegakkan kembali di negeri ini sementara rampasan kuasa jahat oleh Umno/BN ini mesti dihapuskan. Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss menggesa rakyat menolak Umno/BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. Beliau berkata, Umno/BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.

Katanya, Pemuda PAS negeri bersama seluruh rakyat yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Umno/BN yang sepatutnya mendahulukan rakyat.

Tambahnya, selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas, kerukunan hidup rakyat sudah tidak bersatu bagi memastikan keunggulan negeri diletak di tempat yang sebaik-baiknya.

KENYATAAN MEDIA
SETAHUN KUDETA : LUKA PARAH RAKYAT PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bersama seluruh rakyat Negeri Perak yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah di lakukan oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang sepatutnya mendahulukan rakyat di dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang telah di cabuli ini.

DPPN Pk melihat selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas kerukunan rakyat tidak bersatu di dalam memastikan keunggulan Negeri Perak di letak di tempat sebaiknya. Dalam banyak keadaan suasana ini telah di cerminkan oleh rakyat ketika Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang telah di lantik sebagai Menteri Besar kudeta.

Yang lagi parah ialah kedudukan ekonomi yang terjejas teruk dan juga usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya sama sekali. Walaupun telah di umumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah di tipu keadaan tersebut kerana jelas bahawa tahap ekonomi Negeri Perak masih rendah sekali.

DPPN Pk juga merasakan bahawa tahap demokrasi di Negeri Perak telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut. Ini jelas dapat di lihat dalam pelbagai keadaan sepanjang setahun ini. Musnahnya sistem Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jelas berlaku terhadap Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dan pelakuan yang telah seluruh dunia saksikan keadaan yang telah berlaku.

Badan beruniform yang sepatutnya menjaga keselamatan seperti Polis di lihat tidak bersikap profesional serta berintergeriti sepanjang berlakunya drama rampasan kuasa tersebut. Keyakinan rakyat sudah pasti tidak menyakini akan kemampuan Polis untuk memastikan keselamatan rakyat atau wakil rakyat terjamin.

Perkara terpenting di dalam menjaga kerukunan rakyat di kalangan orang Islam di tambahi luka dengan drama rampasan kuasa Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang telah di pelapori oleh UMNO. UMNO cuba menjadikan Masjid sebagai pentas politik mereka tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah di situ.

Oleh yang demikian, rakyat di seru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan di tegakkan kembali di Negeri Perak ini. Rampasan kuasa jahat oleh UMNO / BN ini mesti di hapuskan. Rakyat perlu menolak UMNO / BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. UMNO / BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.

9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di Negeri Perak. Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


Selepas >

Friday, February 5, 2010

Ijtimak Kepimpinan PAS Kawasan Puchong 2010






Wednesday, February 3, 2010

BUKTI UMNO PARTI PERKAUMAN

Nasir Bukti Umno Parti Perkauman, Dakwa Di Mahkamah
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
THURSDAY, 04 FEBRUARY 2010 01:27

KENYATAAN MEDIA
NASIR BUKTI UMNO PARTI PERKAUMAN, DAKWA DI MAHKAMAH

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertegas untuk mendesak pihak Polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang terang-terangan menghina kaum India dan Cina dinegara ini.

PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini. Selagi Umno, MIC dan MCA masih wujud, isu perkauman akan sentiasa menjadi bahan pertikaian.

PAS melihat tindakan Nasir ini sebagai natijah penglibatannya yang sekian lama bergeluman dengan parti perkauman Umno. Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum.

Walaupun Nasir menafikan itu pendirian Perdana Menteri, namun jelas Perdana Menteri telah gagal untuk mengajar pegawainya untuk memahami gagasan 1 Malaysia yang dicanangkannya. Jika Pegawai yang rapat dengan beliau boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasan Najib terhadap dasar berkenaan.

Jika apa yang Nasir lontarkan itu disebut oleh pimpinan Pakatan pasti mereka sudah dipenjarakan dengan akta ISA. PAS tetap menolak akta ISA dan akta Hasutan. PAS mahu Nasir didakwa segera di Mahkamah.

Jika para Blogger yang menghina Institusi Beraja dinegara ini bioleh dibicarakan, maka Nasir juga berhak untuk menerima tindakan yang serupa walaupun beliau sudah meletakan jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, February 1, 2010

Politik Biadab Nakal perjudi dan peralatkan rumah Ibadat


Monday, February 1, 2010

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

Politik Biadab Nakal perjudi dan peralatkan rumah Ibadat bagi kepentingan politik jahat.

Peristiwa membakar surau dan melempar kepala babi didalam masjid adalah gambaran bagaimana persoalan emosi dan sentimen umat Islam cuba diprovokasi bagi membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama lain kususnya kristian. Usaha ini dilakukan setelah kegagalan membentuk dan membangkitkan kemarahan umat Islam didalam peristiwa pembakaran gereja ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah.

Penangkapan suspek dalam kejadian pembakaran gereja dan surau yang terdiri dari kalangan umat Islam dan kini melemparkan kepala babi kedalam masjid ternyata gagalnya pihak berkuasa agama Islam dan mereka yang punya kuasa dalam hal ehwal Islam memberikan kefahaman yang jelas betapa Islam sangat memuliakan rumah ibadat. Melemparkan kepala babi yang dibungkus dalam pelastik lutsinar adalah petunjuk ianya dilakukan oleh orang yang jijik dan haram dengan babi. Kalau ianya dilakukan oleh orang tidak jijik dan tidak haram dengan babi sudah tentu ianya tidak perlu diletakkan dalam plastik lutsinar. Kejadian tersebut ternyata berpunca dari kenakalan politik mengadudombakan rumah Ibadat bagi mencapai cita cita politik Biadab Nakal.

Tindak tanduk politik Biadab Nakal ini adalah berpunca apabila majorati rakyat pelbagai kaum dan agama menolak dan tidak lagi terpengaruh dengan kenakalan politik golongan ini. Lalu mereka melakukan percubaan yang mengharapakan umat Islam kembali berpayung kepada politik murahan Biadab Nakal bagi memastikan kelangsungan kuasa politik mereka.

Saya sangat kesal dan kecewa apabila pembakaran gereja,surau dan kini melemparkan kepala babi dengan menjadikan rumah ibadat sebagai alat untuk mencaturkan politik adu domba dan menjejaskan keharmonian hidup rakyat Malaysia.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab menghenti dan menamatkan politik Biadab Nakal dan Usaha Memporakporandakan Negara Orang Malaysia.
"SELAMAT MALAYSIA"
SETIAP SAAT PERUBAHAN HENDAKLAH UNTUK MEMENANGKAN ISLAM
Setiap saat umat Islam hendaklah melakukan perubahan pada dirinya. Firman Allah;"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".[Ar Ra'd:11]
Oleh itu, jalan yang selamat adalah kembali berpegang pada Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w semoga umat Islam Malaysia sentiasa mendapat perlindungan Allah Taala.
______Dari Lajnah Penerangan Dan Dakwah_____